Saturday, October 18, 2008

Kala tidur menghantui diri.

Racun sungguh hari minggu,
Bikin aku lupa diri,
Mahu saja terus bergelumang dalam lautan selimut.
Ah, sungguh indah.

Kala beberapa detik selepas menerima petunjuk mobil,
Aku kembali ke Lala land. Cukup indah.
Mahu sahaja diteman bidadari comel serta rehat di bawah pohon rendang.
Mana mungkin?

Aku bukan Saiful Nang, hebat gambar berbicara.
Aku bukan Butterfingers, hebat bunyi berbicara.
Aku bukan Tim Buncan, hebat sukan berbicara.
Aku bukan Mahatma Gandhi, hebat sabar berbicara.

Aku hanya mampu tidur lagi.
Mimpi yang indah-indah sahaja. 

Aku mahu menjadi Bruce Wayne.
Aku mahu menjadi Jim Gordon.
Aku mahu menjadi Joker.
Aku mahu menjadi Harvey Dent.


Tapi, aku suka diriku.
Cukup untuk membuat aku terbang tinggi.

No comments: